style ku

" 5 SyArAt NaK bUaT mAkSiAt "


"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

MEMANG SUSAH MENAHAN MARAH….

..اسلام عليكم
SAHABAT..
Mmg sukar mnahan marah.Ble nfsu dah kuasai diri,akal sukar berfungsi.tp sbgai umat Islam,kte di ajr bersabar.Itulah sifat Rasulullah S.A.W. Ujian mjlma bersama hikmah. kalaulah kita xsabar dgn dugaan, kita perlu malu dgn tuhan .Allah S.W.T pun masih sabar dgn prangai kte. walaupun hari2 kte wat kmungkaran,tp Allah S.W.T masih bg rezki,pancaindra dan lain2.Jd? knp kita xdpt sbr dan myalahkan Allah S.W.T ble ujian mnimpa?
.
marah adalh sifat syaitan. ble kte marah,syaitan ske sngt2. Ingatlah Allah S.W.T bila senang dan susah.Insya Allah urusan dunia dpermudah.

setiap masalah ada pnyelesaian. Cuma kte perlu berusaha,bersabar dan menanti hukum (kptsan) Allah S.W.T.

Dengarlah,

"Dalam sukar...hitunglah ksyukuranmu,
Dalam senang...awasi kealpaanmu,
SETITIS DERITA MELANDA ,
SEGUNUNG KURNIAAN-NYA'.

(Hijjaz:Lukisan Alam)


Shabat2ku. kbiasaan kte marah kat pkra yg myusahkan kte .Pcyalah,susah 2pun rahmat Allah S.W.T slain nikmat ksngn. Apabila kita tringatkan Allah S.W.T,maka hati akan kmbali tnang. knp tng? krn kte knal kpd-Nya.Knp lg? krn kte percaya kepada-Nya.

Ktahuilah,org yng kte marah,pasti sakit ati ngn kte.Krn kte dah ketok paku kat didnding hatinya.Jd kalau hendak marh seseorang, beringatlah.Gunalah kata2 yg berhikmah dan jagn ikot emosi.Mudah2an ada kbaikan utk kdua phk.

smga Allah S.W.T memberikan sifat sabar kpd kita smua.Aaminn

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga
memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

" Blog??? "

...." Assalamualaikum suma....(suma ka?? maka xda sowg pun bc..huk3x) k..blog?? apa itu?? adakah sejenis kuih yg dihidangkan bila tiba HARI RAYA?? oouhhh! tidakk..tidakk sma skali. ."Blog" adalah versi pendek dari "weblog," yang merupakan istilah yg digunakan utk menggambarkan laman web yg mempertahankan kronik berterusan maklumat.Sebuah blog adalah laman web, yg sering dikemaskini oleh pemilik blog bagi memaparkan komen2 harian atau jenis2 dan link ke artikel di laman web lain. Blog berkisar drpda peribadi kpd politik, dan boleh fokus pda satu subjek sempit atau berbagai macam2 mata pelajaran atau berita...itu saja yg sy tau ma..huhu..tunggu dan lihat apakah post2 yg bakal disajikan..." salam~ ^.^!